Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang menjalankan perniagaan berkonsepkan internet serta beberapa jenis perkhidmatan. Antara perkhidmatan disediakan oleh IKSB adalah penganjur acara dari seminar sehingga konsert, menyediakan khidmat penceramah, duta produk, konsultan, penajaan, e-buku, menghasilkan buku dan DVD motivasi, kewangan dan perniagaan.

Selain itu, IKSB juga menawarkan perkhidmatan grafik dan multimedia dari membina laman web sehingga mencipta animasi, video dan grafik untuk persembahan atas talian. Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) kini terus mencipta nama dan memberi impak sebagai syarikat latihan dan pendidikan perniagaan Internet utama di Malaysia sejak tahun 2006 lagi.

Irfan Khairi Sdn Bhd telah menjalankan program pendidikan dan perniagaan dengan usahasama Asia eUniversity, Open University Malaysia serta Federation University of Australia melalui Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, yang kini menjadi pilihan utama usahawan Internet yang baru dan juga berpengalaman dalam membina keuntungan perniagaan online yang berpanjangan di bawah Open Education, Malaysia.

Hubungi kami:

Irfan Khairi Sdn Bhd
16-1 Jalan PJU 7/16
Mutiara Homes,
47800 Petaling Jaya
MalaysiaTel: 03-77292277 (waktu bekerja Selasa-Jumaat)
Email: akademi@irfankhairi.com

 

Di bawa oleh:

HakCipta terpelihara 2006 -2016 Irfan Khairi Sdn Bhd. TERMA DAN SYARAT Segala yang terkandung di dalam laman web
ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik.
HUBUNGI KAMI