"Promosi perniagaan melalui Facebook adalah sangat efektif!"

Pemasaran Facebook dapat membina perniagaan anda, menjayakan pelancaran produk anda, membina senarai prospek yang ternanti-nanti produk anda dan lebih penting lagi, menghasilkan jualan kepada perniagaan anda berkali-kali ganda!

Assalamualaikum, saya Irfan Khairi.

Sejak Facebook popular 6 tahun lalu di Malaysia, saya telah melihat beribu pelajar-pelajar saya dan juga klien syarikat tempatan serta juga luar negara menggunakan Facebook dalam menggandakan keuntungan perniagaan mereka. Tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan, pemasaran Facebook adalah sesuai untuk setiap perniagaan tidak kira menjual produk, perkhidmatan atau informasi.

Apa yang lebih hebat lagi, sehingga hari ini Facebook merupakan platform yang paling popular dan efektif dalam pemasaran apa jua jenis perniagaan. Dengan lebih 1.5 bilion pengguna sedunia, dan lebih 11 juta pengguna di Malaysia membuatkan Facebook sebagai media sosial yang tidak boleh diabaikan oleh perniagaan!

Namun, walaupun dengan platform media sosial sehebat ini, masih lagi ramai yang dapati sukar untuk berniaga di Facebook apatah lagi menjana pendapatan yang baik melalui Facebook.

"Ianya hanya apabila kita faham teknik dan strategi berkesan menggunakan Facebook, barulah pulangan perniagaan akan menyebelahi kita. Namun, ramai yang tidak tahu menggunakan pemasaran Facebook secara betul..."

Mengapa ramai yang gagal dalam pemasaran Facebook?

Sebab utama adalah kurangnya ilmu pemasaran di Facebook, dan apabila tidak berjaya mendapat jualan, maka mereka akan putus asa. Masalah yang sering dihadapi:

  • Sukar untuk mendapat followers
  • Sekiranya ada followers, reach adalah rendah
  • Tidak ramai yang like atau share status yang dikongsikan
  • Kos iklan Facebook yang diletakkan adalah mahal
  • Kurang mendapat sambutan apabila meletakkan iklan
  • Tiada idea untuk update Facebook
  • Tidak tahu cara untuk close sale
  • Ramai yang minta PM tetapi tidak pula membeli
  • Sukar untuk bersaing dengan perniagaan lain yang lebih dikenali
  • Sukar bersaing dengan pesaing yang mempunyai modal yang lebih besar
    ... dan seribu satu lagi masalah!

Di program online Facebook Masterclass, anda akan pelajari pelbagai teknik dan strategi dari asas hingga yang lebih advance untuk anda master pemasaran Facebook untuk perniagaan anda. Modul termasuk:

Asas pemasaran Facebook

Sebelum bermula, pastinya amat penting untuk anda ketahui asas pemasaran Facebook. Seperti membina rumah, asas yang kukuh akan menguatkan rumah kita daripada roboh. Begitu juga dengan pemasaran Facebook. Tanpa asas yang kukuh, pastinya pemasaran Facebook anda akan gagal!

Sekarang anda perlukan ‘PAGE’!

Ketahui apakah kelebihan menggunakan Page di Facebook dan bukan profile serta bagaimana kelebihan ini dapat membantu perniagaan anda.

Fikirkan KONSEP Facebook Page anda!

Kemana hala arah tuju Facebook page anda? Fikirkan konsep dan komuniti yang anda ingin binakan. Tidak merancang adalah merancang untuk gagal dalam pemasaran Facebook anda!

Nak FOLLOWERS yang RAMAI!? Ini caranya…

Semua orang inginkan followers yang ramai di Facebook. Di sini, saya akan sampaikan caranya. Tetapi, sebelum itu, ada sesuatu yang sangat penting anda perlu tahu sebelum meramaikan followers Facebook anda…

Cara PERCUMA (organik) vs cara BERBAYAR (FBads)?

Pelajari kaedah terbaik menambahkan followers secara PERCUMA dan secara berbayar. Kedua-duanya adalah penting. Berikut adalah kaedah terbaik…

"Formula Facebook" dalam perkongsian dan promosi

Formula Facebook ini adalah amat penting dalam meningkatkan reach serta mendapat followers yang berkualiti dan tepat untuk sasaran pasaran anda.

REACH semakin menurun!? Cara meningkatkannya!

Semakin hari, semakin bulan, semakin tahun reach semakin menurun. Tidak semua followers akan melihat posting yang kita lakukan di Facebook. Apakah perkara-perkara yang mengurangkan reach dan apakah perkara-perkara yang meningkatkan reach?

Idea posting teks, imej, video yang efektif

Tiada idea untuk update Facebook page? Anda akan pelajari idea dan tip-tip efektif untuk posting Facebook anda tanpa henti…

Kaedah pengiklanan PERCUMA paling BERKESAN

Ingin tahu cara meningkatkan REACH disamping mempromosikan perniagaan anda secara percuma? Teknik promosi link berkesan ini akan menjimatkan anda beratus, malah beribu RM kos pengiklanan di Facebook! Ikuti berulang kali untuk fahami 100%!

Cara mendapatkan jualan dengan lebih MUDAH

Ketahui 2 platform pemasaran yang terbaik untuk digabungkan dengan Facebook supaya memudahkan close sale dari prospek. Ubahkan prospek menjadi pelanggan.

Teknik menjimatkan MASA dalam pemasaran Facebook

Masa adalah komoditi yang amat penting terutamanya untuk usahawan yang perlu tahu cara automasikan pemasaran di Facebook. Dengan menggunakan kaedah automasi di Facebook, pemasaran efektif Facebook dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan di samping menjimatkan masa anda.

Cara mendapat VIRAL

Anda ingin menghasilkan sesuatu yang viral? Apakah yang membuatkan sesuatu itu viral? Cuba langkah-langkah ini untuk menghasilkan posting yang boleh menjadi viral!

Pengiklanan FACEBOOK ADS

Tiba masanya untuk mempelajari pengiklanan di Facebook. Facebook memberi peluang terutamanya perniagaan kecil-kecilan meletakkan iklan yang efektif pada kos yang lebih rendah berbanding dengan TV, akhbar, radio dan lain-lain. Pelajari bagaimana anda juga boleh meletakkan iklan berbayar di Facebook dengan lebih efektif!

Cara MURAHKAN HARGA iklan Facebook

Keuntungan perniagaan anda pastinya bergantung kepada kos pengiklanan yang rendah disamping memberi pulangan tertinggi. Di Facebook, dengan cara pengiklanan yang salah, kos iklan akan menjadi mahal. Ingin tahu cara untuk murahkan harga iklan anda?

RE-TARGETING iklan Facebook

Retargetting adalah satu teknik pengiklanan Facebook yang sangat efektif. Walaupun ianya sedikit advanced, tetapi anda perlu memahaminya untuk mendapat manfaat kaedah pengiklanan yang efektif ini.

Dan banyak lagi! Kini lebih daripada 25 modul video & nota-nota!

Modul-modul baru akan ditambah dari masa ke semasa di Facebook Masterclass tanpa penambahan yuran penyertaan kepada anda- membuatkan Facebook Masterclass sentiasa mengandungi teknik dan strategi efektif baru dan terkini!

"Dengan mengikuti program online Masterclass, anda akan dapat 'master' sesuatu platform perniagaan online dengan mudah, pantas dan efektif dari keselesaan rumah anda melalui video, nota & contoh-contoh yang disediakan"

-Irfan Khairi
Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia
Speaker antarabangsa


Sertai Facebook Masterclass hari ini dan mula pelajari selok belok pemasaran Facebook suapaya anda juga dapat mula menjana pendapatan melalui platform media sosial yang sangat popular ini!

Harga program online ini adalah RM700 RM500 (Harga diskaun sempena pelancaran. Harga sebenar akan dinaikkan ke RM700).

Daftar sekarang supaya anda tidak terlepas!

*BONUS PERCUMA untuk pendaftaran hari ini: 3 rakaman video ceramah Irfan Khairi bernilai RM300 termasuk...

  • PERNIAGAAN TERHANGAT (1 jam 22 minit)
  • LAMAN YANG MENJUAL (1 jam 17 minit)
  • MENGEKALKAN KESETIAAN PELANGGAN (58 minit)

 

 

 

 

"Tidak seperti pakar perniagaan Internet yang lain, Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya untuk menjana pendapatan dari rumah.

Kaedah berniaga yang ditunjukkan olehnya adalah amat berkesan. Teknik yang diajarnya telah kami gunakan untuk memberi pulangan berkali-kali ganda melalui laman web kami"

~Azizi Ali
Jutawan Hartanah
Penulis terlaris buku-buku kewangan Malaysia #1

"Keupayaan Irfan Khairi di dalam mengendalikan workshop rahsia internetnya semakin terserlah! Cara Irfan berkomunikasi dan teknik penyampaiannya yang begitu mudah, jujur dan bersahaja cukup efektif.

Pasti memberi kesan dan kepuasan yang mendalam kepada semua yang menyertai. Syabas!"

~Nizal Mohammad
Master Trainer
Mantan pengacara Jejak Rasul & MHI

"Penampilan dan persembahan saudara Irfan yang tidak terlalu konservatif dan tidak terlalu teknikal memudahkan workshop ini difahami walaupun peserta bukan yang arif dalam bidang IT...

Dengan 'passion' dan sikap keterbukaan terhadap ilmu dan pendekatan yang baru, sesiapa pun boleh berjaya"


~Manan Ngah

S.M.T, A.M.T, P.P.N

"Pendapatan perniagaan saya dan suami mencecah RM30,000 sebulan sejak menyertai program Irfan Khairi"

~Roslinda Yaa'cob, peserta

" Melalui bimbingan dari IK n team dan sekarang hasilnya sepanjang bergelar ushawan internet saya telahpun berjaya membuat jualan sebanyak sejuta ringgit setakat ini, thanks IK kerana telah membuka minda saya terhadap dunia online."

~Zainal Effendy, peserta

"Keuntungan perniagaan saya lebih berganda dua dalam masa 2 bulan sahaja"

~Jennifer Jasni, peserta

"Sebelum menyertai, saya tidak mempunyai idea perniagaan dan pengalaman perniagaan. Bermula dari zero business idea, kini saya telah membuka My Ideal Weight Centre!"

~Nurul Ashikin, pelajar

"Dari tenaga pengajar yang penuh dedikasi, komited serta supportive, kuliah yg sistematik & efektif dan silibus yg berinfomasi. Ianya teramat membantu utk kita yang ingin menceburi dan mendalami ilmu perniagaan internet."

~Hakim Muhammad, peserta

"People don't seek information from advertisements from the papers and the television anymore. We all seek knowledge and information online. I chose to learn, I chose to increase my knowledge in this new form of marketing and I chose to be a unique medical doctor."

~Dr Diana Zaireen, peserta

"Sebagai seorang surirumah, saya tak pernah terfikir untuk mempunyai website perniagaan saya sendiri...

Akhirnya dengan panduan yang diberikan oleh saudara Irfan, alhamdulillah saya berjaya mewujudkan perniagaan internet saya sendiri..."

~Azlina Abdul Aziz, peserta

"Penyampaian workhop oleh Irfan simple, mudah dan menyeronokkan. Banyak idea dan cara yang tidak saya ketahui malah tak terlintas langsung bahawa ia amat saya perlukan untuk membantu pemasaran dan perkhidmatan perniagaan saya..."

~Hj Hayat, peserta


 

 

Di bawa oleh:

HakCipta terpelihara 2006 -2016 Irfan Khairi Sdn Bhd. TERMA DAN SYARAT Segala yang terkandung di dalam laman web
ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik.
HUBUNGI KAMI