
Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) merupakan sebuah syarikat
100% bumiputera yang menjalankan perniagaan berkonsepkan
internet serta beberapa jenis perkhidmatan. Antara perkhidmatan
disediakan oleh IKSB adalah penganjur acara dari seminar
sehingga konsert, menyediakan khidmat penceramah, duta
produk, konsultan, penajaan, e-buku, menghasilkan buku
dan DVD motivasi, kewangan dan perniagaan.

Selain
itu, IKSB juga menawarkan perkhidmatan grafik dan multimedia
dari membina laman web sehingga mencipta animasi, video
dan grafik untuk persembahan atas talian. Irfan Khairi
Sdn Bhd (IKSB) kini terus mencipta nama dan memberi impak
sebagai syarikat latihan dan pendidikan perniagaan Internet
utama di Malaysia sejak tahun 2006 lagi.
Irfan Khairi Sdn Bhd telah menjalankan program pendidikan
dan perniagaan dengan usahasama Asia eUniversity, Open
University Malaysia serta Federation University of Australia
melalui Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi
Media Sosial, yang kini menjadi pilihan utama usahawan
Internet yang baru dan juga berpengalaman dalam membina
keuntungan perniagaan online yang berpanjangan di bawah
Open Education, Malaysia.
Hubungi
kami:
Irfan Khairi Sdn Bhd
16-1 Jalan PJU 7/16
Mutiara Homes,
47800 Petaling Jaya
MalaysiaTel: 03-77292277 (waktu bekerja Selasa-Jumaat)
Email: akademi@irfankhairi.com